Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh…
Alhamdulillah, kali
ini masih lagi diberi kesempatan untuk ana berkongsi serba sedikit dengan
sahabat-sahabat semua…
InsyaAllah, kali ini
ana ingin berkongsi satu cerita iaitu KISAH SEORANG GURU TADIKA…
Moga-moga dengan
membaca cerita ini, dapat memberi pengajaran kepada kita semua terutamanya
sekali kepada guru-guru tadika di luar sana dan juga bagi persediaan kepada
bakal-bakal guru tadika…hihihi
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya
wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di
tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu
akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana
tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan
kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun
mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
Pengajaran : -
Oleh itu, kita sebagai guru kepada anak-anak
kecil ini sama sekali tidak boleh memandang sebelah mata. Kita tidak boleh
mengajar ikut suka hati sahaja walaupun mereka masih lagi tidak memahami
apa-apa. Anak-anak kecil ini masih suci dan tidak mempunyai dosa. Anak-anak
sekarang semakin pandai dan lagi bijak daripada guru. Guru perlulah sentiasa
membuat persediaan yang terbaik untuk menghadapi kanak-kanak ini. Maka, kita
sebagai gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik mereka menjadi seorang
yang berguna. Bukan hanya sekadar mengajar tanpa ada arah tujuan dan matlamat
yang betul.
P/s : Khas buat sahabat PAKK (UPSI)...jangan jadik cikgu macam nie
taw!!...
No comments:
Post a Comment