Sunday, March 25, 2012

Selamat Tinggal Anak Umie

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, kali ini ana sempat lagi datang menjenguk blog sendiri. masih lagi tidak terisi dengan apa-apa perkongsian pun kan. Asif.
InsyaAllah, hari ini ana nak berkongsi sedikit dengan sahabat-sahabat semua tentang satu isu ini. Isu ini memang adalah satu isu yang sudah biasa terjadi dalam kehidupan kita. Satu isu yang tidak asing lagi yang sering terjadi.haaa, agak2 apa yer??...

apa lagi kalau bukan kes bayi meninggal dunia akibat tersedak susu..



Baru-baru nie, masa ana menghadiri kelas Madam Putri Afzam Maria..beliau ada menyebut tentang satu kes yang baru terjadi yang mana 2 bayi lelaki secara serentak meninggal dunia akibat tersedak susu semasa berada di pusat jagaan. Ana memang tidak tahu tentang kes ini, jadi balik rumah ana terus search internet untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi...

subhanallahhh, sungguh kesian..perkara ini terjadi di sekitar Bandar Kuala Lumpur. Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang.



Menurut sumber yang ana baca, kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 tengah hari selepas kedua-dua bayi tersebut, Muzaffar Mohd Faizal, 3 bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, 7 bulan, diberikan susu di pusat asuhan tersebut.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan itu ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sungguh menghayat hati apabila mengetahui berita seperti ini. Bayangkan 2 orang bayi sekaligus meninggal di tempat yang sama serta pada waktu yang sama. Bagaimana perasaan ibu dan ayah mereka?..bagaimana kehidupan yang akan dilalui mereka dengan menerima berita yang mengejutkan ini?...siapakah yang harus dipersalahkan?dan apa tindakan kita yang seterusnya?..



Sepertimana yang kita ketahui, Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.

Maka, ana ingin menekankan disini bahawa pentingnya ibubapa ataupun pengasuh berada di samping bayi yang sedang menyusu. Bukannya sewenang-wenangnya meninggalkan bayi tersebut begitu sahaja tanpa perlu ada pemantauan. Ok, disini ana mahu kongsikan sedikit tips bersama sahabat semua tentang penyusuan terhadap bayi sama ada melalui botol atau badan.



Ini adalah antara sebab-sebab kenapa bayi boleh tersedak susu. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. 

Selain itu, lubang puting botol yang terlalu besar juga akan menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 

Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan dan kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Ok, ini pula adalah tips atau cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.


Ok lah, ana rasa sampai disini dahulu..jari-jemari pun dah penat nie..insyaAllah, dilain masa ana akan berkongsi lagi apa-apa yang best tentang pengurusan awal kanak-kanak dengan sahabat lain. insyaAllahh..


wallahua'lam...
illalliqa'

Awal Kalam Bismillahirahmanirahim...

Awal kalam dimulakan dengan bismillahirahmanirahim…

Dengan nama Allah yang maha mengasihani lagi maha penyayang…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ana panjatkan pada ilahi…
Kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya masih lagi ana biasa hidup dengan aman dan damai di muka bumi-Nya ini…masih lagi diberikan nikmat iman dan islam dalam diri ini…semoga segala nikmat dan hidayah ini akan terus subur dan kekal dalam diri serta sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara yang baik…insyaAllah..

Alhamdulillahhh juga setinggi-tingginya ana panjatkan kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya ana akhirnya berjaya menyiapkan blog ini.

insyaAllah, tujuan ana tubuhkan REFLECTIVE WRITING BLOG nie adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana perolehi daripada kelas ana pada semester ini iaitu khusus PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK…

Pensyarah yang membimbing kelas kami, Madam Putri Afzan Maria…cantik namanya sesuailah dengan orangnya yang kecik comel molek… J


InsyaAllah, mungkin ini sahaja dahulu yang ana dapat coretkan pada entri pertama ini…insyaAllah, pada entri yang seterusnya akan ada perkongsian yang mungkin menarik yang akan dapat kita gunakan pada masa akan datang…

Minta maaf jika entri ini ada yang kurang menyenangkan…

Sesungguhnya ana hanya manusia biasa sahaja yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan…apa yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang kurang itu dari diri ana sendiri…tetapi hakikat kedua-duanya adalah gerak-geri-Nya jua…

Wallahua’lam…
Assalamualaikum…
Illalliqa’