Friday, April 20, 2012

Kisah Seorang Guru Tadika


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, kali ini masih lagi diberi kesempatan untuk ana berkongsi serba sedikit dengan sahabat-sahabat semua
InsyaAllah, kali ini ana ingin berkongsi satu cerita iaitu KISAH SEORANG GURU TADIKA
Moga-moga dengan membaca cerita ini, dapat memberi pengajaran kepada kita semua terutamanya sekali kepada guru-guru tadika di luar sana dan juga bagi persediaan kepada bakal-bakal guru tadikahihihi


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?


Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

Pengajaran : -

Oleh itu, kita sebagai guru kepada anak-anak kecil ini sama sekali tidak boleh memandang sebelah mata. Kita tidak boleh mengajar ikut suka hati sahaja walaupun mereka masih lagi tidak memahami apa-apa. Anak-anak kecil ini masih suci dan tidak mempunyai dosa. Anak-anak sekarang semakin pandai dan lagi bijak daripada guru. Guru perlulah sentiasa membuat persediaan yang terbaik untuk menghadapi kanak-kanak ini. Maka, kita sebagai gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik mereka menjadi seorang yang berguna. Bukan hanya sekadar mengajar tanpa ada arah tujuan dan matlamat yang betul.

P/s : Khas buat sahabat PAKK (UPSI)...jangan jadik cikgu macam nie taw!!...