Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdullillah,
syukur ke hadrat ilahi sekali lagi ana masih lagi berpeluang untuk meneruskan
penulisan dalam blog ini bagi berkongsi ilmu walaupun hanya secebis dan setitik
sahaja…
insyaAllah…
mohon jua
petunjuk dari Allah SWT…
moga2 apa
yang disampaikan dapat memberi ilmu yang bermanfaat bagi semua sahabat yang
sudi membaca entry ini…
insyaAllah…
ok, pada
kali ini ana nak bercerita sedikit…
malam nie
dapat jemputan dari kawan2 untuk menonton teater..
persembahan
teater ini mengenai AIR
ana pun x
brapa tahu sangat mengenai ceritanya yang sebenar…
tp
terdetik di hati untuk pergi ke panggung percubaan UPSI di campus baru…
pada
mulanya ase nak balik ja sebab bas x da…
tp pihak
penganjur kata bas disediakan di bus stop KUO…
tunggu
dalam 15 minit x sampai2 ag…
dan
rupa2nya bas tersebut ada tp driver tunggu kat depan campus…
ayoyooo…tp
nasib baik la pakcik tu baik hati…
dia
sanggup datang ambik kami kat kolej…
huhuhu…
terharu
kot…
Alhamdulillah,
kami sampai di panggung percubaan dengan selamat…
Apa lagi…
Perkara
paling penting : Bergambar laaa…
Posing
abis…
Ok, ana
ceritakan sedikit yea synopsis untuk persembahan teater air nie…
Teater
air ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Murni yang mengalami
kecacatan iaitu pekak, bisu, dan buta. Dia mempunyai seorang ayah yang amat
memahami dirinya yang serba kekurangan itu. Manakala, ibunya pula tidak dapat
menerima kenyataan bahawa anaknya itu cacat dan mengatakan Murni sering
memalukan ibunya. Penjaga yang telah diupah oleh ayah Murni untuk menjaganya
tidak berhati perut telah menganiaya Murni. Setelah itu, datang seorang pemuda
bernama Cikgu Adam yang berhati mulia untuk merawat Murni. Beliaulah yang
banyak membantu dan memberikan semangat kepada Murni untuk terus hidup. Setelah
keadaan Murni semakin pulih, ayah Murni diberitakan bahawa Cikgu Adam telah pun
meninggal dunia kerana sakit dan beliau telah berkorban dan sanggup mendermakan
matanya kepada Murni. Setelah Murni selesai di operasi matanya, dia mencari
dimana gurunya dan ternyata amat terkejut kerana mendengar berita kematian
gurunya itu. Murni berasa amat sedih tetapi dia akan teruskan hidup dengan
segala dorongan dan semangat yang telah diberikan oleh Cikgu Adam semasa dia
hidup.
TAMAT
Bagi ana,
cerita nie dapat memberikan banyak pengajaran dan memberi banyak kesan dihati…
Best sangat
dan yang paling bangganya teater air ini dilakonkan oleh sahabat2 ana sendiri
Geng PAKK
Korang memang
berbakat terutamanya kepada watak utama C’da (Murni)
Komen juri
pada malam ini :
1.
Kagum dengan persembahan
anda! walaupun ini adalah kali yang pertama PAKK mengambil bahagian dalam
pertandingan teater tapi anda menunjukkan sesuatu yang dapat menari perhatian
para penonton.
2.
Saya rasa sedikit sebanyak
kumpulan kamu akan mengugat kumpulan teater sebelum ini. Tahniah!
3.
Setelah sekian lama menanti
PAKK menceburi bidang teater ini, baru sekarang ada persembahan teater dari
PAKK. Teruskan berteater untuk PAKK! Tahniah!
Ha, itu
lah antara komen-komen juri pada malam ini. Tahniah sahabat semua yang
menjayakan teater ini dan x lupa juga buat sahabat yang susah payah datang memberi
sokongan. Juga x dilupakan pada perkhidmatan bas yang sudi mengambil dan
menghantar kami pulang pada mlm ini.
No comments:
Post a Comment