Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh….
Pertama-tama
kalinya ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk blog
ana yang tidak seberapa ini…
Moga2
dengan pengisian yang telah ana postkan ini dapat memberikan sedikit sebanyak
pengajaran dan ilmu kepada sahabat2 sekalian…
Juga mohon
bimbingan, dorongan dan sokongan daripada DR PUTRI AFZAN MARIA…
insyaAllah,
kali ini ana ingin kongsikan satu kisah yang menghayat hati kita semua…
seperti
mana yang kita ketahui…
dan ana
amat yakin diantara kita semua pasti sudah maklum dengan kisah penderaan bayi
yang telah hangat diperbualkan baru-baru ini…
dan ana
pasti semua sudahpun melihat bagaimana bayi yang berumur 10 bulan itu
diperlakukan bagaimana…
dipukul,
ditolak, dicubit, ditampar, disepak dan macam2 lagi…
ana
sendiri pun x sanggup melihat perlakuan tersebut…
hanya
mampu melihat separuh sahaja video tersebut…
berderai
air mata takkala melihat bayi tersebut…
terasa
perit bila membayangkan ana adalah bayi tersebut…terasa ngilu bila membayangkan
jika adik2 atau anak2 kita diperlakukan sebegitu rupa…
astghfirullahalazimmm…
sahabat,
ana tidak mahu bercerita panjang mengenainya, kerana mgkin kita semua dah sedia
maklum mengenainya….
Cuma pada
entri kali ini ana hanya ingin meluahkan rasa hati sahaja…
Rasa yang
tidak mampu diungkapkan dengan kata2…
Seperti entri
lepas yang telah ana ceritakan..
2 Sepupu ana
terpaksa menunggu selama 8 tahun, 5 tahun untuk mendapatkan cahaya mata…tp bila
timbulnya isu tentang kisah ini membuatkan ana rasa…
Ya Allah,
tidakkah mereka mempunyai secebis sahaja rasa kasih dan sayang pada bayi itu? tidakkah
mereka yang memperlakukan sebegitu rupa kepada anak-anak mereka itu mempunyai
naluri keibuan? Adakah mereka dapat bayangkan jika mereka ditempat bayi tersebut?...
Dan pagi
ini ada dikhabarkan dengan satu lagi berita lanjutan daripada kisah bayi ini..
insyaAllah…
ini
antara pengakuan yang telah dibuat oleh Nor (bukan nama sebenar) tentang ibu
kandung kepada bayi tersebut.
“Saya
tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah
keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya, anak yang
akan dijadikan sasaran.
“Saya
pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan
katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram,” katanya.
Apa yang
melegakan hati ana ialah
wanita
yang mendera bayi perempuannya itu sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan
mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.
DAN
Dikhabarkan
dalam akhbar bahawa bayi perempuan tersebut kini telah hidup dengan ceria dan
bahagia bersama keluarga angkatnya…
Kini bayi
tersebut telahpun semakin selesa dengan ibu dan ayah yang barunya…
Alhamdulillah…
P/S : Marilah
kita semua sama2 mendoakan semoga wanita tersebut sedar akan perbuatannya dan
berjanji tidak akan mengulanginya lagi…
No comments:
Post a Comment