Bismillahirahmanirrahim....
InsyaAllahhh.... J
Taska B.I.Z Kids merupakan Taman Asuhan Kanak-kanak
(TASKA) yang telah ditubuhkan dan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Pihak
kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang
bekerja.
Perkhidmatan pengasuhan di Taska B.I.Z Kids berusaha
memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohai,
fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Pihak kami turut mengambil berat
tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh di Taska B.I.Z Kids.
Nama Taska
Cadangan nama taskan yang dipilih ialah Taska B.I.Z Kids.
Nama B.I.Z Kids dipilih kerana B untuk Brilliant,
I untuk Intelligent, dan Z untuk Zone yang mana taska kami menawarkan zon
untuk kanak-kanak belajar dan meneroka alam persekitaran mereka dengan bijak.
Misi taska
Berhasrat dan berusaha membangunkan Taman Asuhan
Kanak-kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan yang bersih,
selesa, seria, dan selamat yang mampu menyuburkan serta mengembangkan potensi
kanak-kanak dari segi pertumbuhan kognitif , afektif, dan sahsiah selaras
dengan kurikulum PERMATA.
Visi taska
Pembelajaran di Taska B.I.Z Kids ini akan memberikan
kanak-kanak pengalaman dalam interaksi sosial yang luas di samping berperanan
sebagai medium pembelajaran yang interaktif.
Menjadi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang menyediakan
perkhidmatan pengasuhan yang berkualiti bagi kanak-kanak yang berumur 0 bulan
hingga 4 tahun selaras dengan dasar-dasar yang dirancang oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat menjelang tahun 2020.
Pakej yang
Disediakan
a.
Menetap di taska dan menghadiri kelas Fardhu Ain
b.
Penjagaan bayi umur 0 bulan dan ke atas
c.
Penjagaan kanak-kanak satu (1) tahun hingga empat (4)
tahun.
Bangunan dan bilik-bilik yang ada dibina dan diubahsuai
sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut.
i
Bilik bayi 1
ii
Bilik bayi 2
iii
Bilik bayi 3
iv
Bilik rehat guru
v
Pusat Sains dan Teknologi
vi
Pusat Kognitif
vii
Pusat Kerohanian dan Moral
viii
Pusat Kreativiti dan Estetika
ix
Pusat Bahasa dan Komunikasi
No comments:
Post a Comment