Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wbt…
Uhuk3…(batuk2)
Ehehehe….
Ai nie ana demam cikit…
Sebab 2 hari berturut2 main badminton…
Dri 9am-5pm…
Ayoyoyoooo…
Penat sangat2….
insyaAllah, ana nak share sedikit…
sebab sangat2 tertarik dengan satu artikel
ini….
Jum baca??...
KAEDAH BERSALIN DI DALAM AIR
Sesuatu yang menarik!!!
Dalam artikel
tersebut, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah bergelar
bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung perempuan mereka
menerusi kaedah bersalin di dalam air.
Bayi seberat 3.6
kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam
untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar.
Kini, kaedah
bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom
dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin
dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta
ketenangan fikiran.
Suami Turut
Dalam Air
Untuk bersalin di
dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah
Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu
pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi
atau kencing manis.
Ibu juga bebas
untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa
ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan
sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga
boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.
Bayi Tidak
Lemas
Apabila bercakap
tentang kelahiran di dalam air, pasti ramai dikalangan anda yang menggeleng
kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas
dilahirkan.
Ramai yang
bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air.
Padahal, tanggapan tersebut adalah salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak
akan bernafas untuk beberapa saat! Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh
bidan atau doktor.
Kepada mereka yang
menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu memperbetulkan
tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan
sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya
akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.
Kelebihan
beranak dalam air
Kelahiran dalam
air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu
menggunakan sebarang intervensi.
Kelebihan
kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan tenang dan relaks terutama apabila
berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin,
keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.
Berdasarkan kajian, posisi
bersalin dalam air yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.
Kesimpulan
Antara pusat
perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah
Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah
berjaya disambut setakat ini.
Pakar perbidanan
dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo
Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia
memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di
negara ini.
No comments:
Post a Comment