Saturday, May 12, 2012

Go PAKK gO!!!



Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdullillah, syukur ke hadrat ilahi sekali lagi ana masih lagi berpeluang untuk meneruskan penulisan dalam blog ini bagi berkongsi ilmu walaupun hanya secebis dan setitik sahaja…

insyaAllah…

mohon jua petunjuk dari Allah SWT…

moga2 apa yang disampaikan dapat memberi ilmu yang bermanfaat bagi semua sahabat yang sudi membaca entry ini…

insyaAllah…

ok, pada kali ini ana nak bercerita sedikit…

malam nie dapat jemputan dari kawan2 untuk menonton teater..



persembahan teater ini mengenai AIR
ana pun x brapa tahu sangat mengenai ceritanya yang sebenar…

tp terdetik di hati untuk pergi ke panggung percubaan UPSI di campus baru…

pada mulanya ase nak balik ja sebab bas x da…

tp pihak penganjur kata bas disediakan di bus stop KUO…

tunggu dalam 15 minit x sampai2 ag…

dan rupa2nya bas tersebut ada tp driver tunggu kat depan campus…

ayoyooo…tp nasib baik la pakcik tu baik hati…

dia sanggup datang ambik kami kat kolej…

huhuhu…

terharu kot…

Alhamdulillah, kami sampai di panggung percubaan dengan selamat…

Apa lagi…

Perkara paling penting : Bergambar laaa…

Posing abis…

Ok, ana ceritakan sedikit yea synopsis untuk persembahan teater air nie…

Teater air ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Murni yang mengalami kecacatan iaitu pekak, bisu, dan buta. Dia mempunyai seorang ayah yang amat memahami dirinya yang serba kekurangan itu. Manakala, ibunya pula tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya itu cacat dan mengatakan Murni sering memalukan ibunya. Penjaga yang telah diupah oleh ayah Murni untuk menjaganya tidak berhati perut telah menganiaya Murni. Setelah itu, datang seorang pemuda bernama Cikgu Adam yang berhati mulia untuk merawat Murni. Beliaulah yang banyak membantu dan memberikan semangat kepada Murni untuk terus hidup. Setelah keadaan Murni semakin pulih, ayah Murni diberitakan bahawa Cikgu Adam telah pun meninggal dunia kerana sakit dan beliau telah berkorban dan sanggup mendermakan matanya kepada Murni. Setelah Murni selesai di operasi matanya, dia mencari dimana gurunya dan ternyata amat terkejut kerana mendengar berita kematian gurunya itu. Murni berasa amat sedih tetapi dia akan teruskan hidup dengan segala dorongan dan semangat yang telah diberikan oleh Cikgu Adam semasa dia hidup.

TAMAT

Bagi ana, cerita nie dapat memberikan banyak pengajaran dan memberi banyak kesan dihati…

Best sangat dan yang paling bangganya teater air ini dilakonkan oleh sahabat2 ana sendiri

Geng PAKK

Korang memang berbakat terutamanya kepada watak utama C’da (Murni)

Komen juri pada malam ini :

1.     Kagum dengan persembahan anda! walaupun ini adalah kali yang pertama PAKK mengambil bahagian dalam pertandingan teater tapi anda menunjukkan sesuatu yang dapat menari perhatian para penonton.

2.    Saya rasa sedikit sebanyak kumpulan kamu akan mengugat kumpulan teater sebelum ini. Tahniah!

3.    Setelah sekian lama menanti PAKK menceburi bidang teater ini, baru sekarang ada persembahan teater dari PAKK. Teruskan berteater untuk PAKK! Tahniah!

Ha, itu lah antara komen-komen juri pada malam ini. Tahniah sahabat semua yang menjayakan teater ini dan x lupa juga buat sahabat yang susah payah datang memberi sokongan. Juga x dilupakan pada perkhidmatan bas yang sudi mengambil dan menghantar kami pulang pada mlm ini.


No comments:

Post a Comment