Friday, May 11, 2012

Lega Dia Kini Ceria


Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Pertama-tama kalinya ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk blog ana yang tidak seberapa ini…

Moga2 dengan pengisian yang telah ana postkan ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran dan ilmu kepada sahabat2 sekalian…

Juga mohon bimbingan, dorongan dan sokongan daripada DR PUTRI AFZAN MARIA…

insyaAllah, kali ini ana ingin kongsikan satu kisah yang menghayat hati kita semua…

seperti mana yang kita ketahui…

dan ana amat yakin diantara kita semua pasti sudah maklum dengan kisah penderaan bayi yang telah hangat diperbualkan baru-baru ini…


dan ana pasti semua sudahpun melihat bagaimana bayi yang berumur 10 bulan itu diperlakukan bagaimana…

dipukul, ditolak, dicubit, ditampar, disepak dan macam2 lagi…

ana sendiri pun x sanggup melihat perlakuan tersebut…

hanya mampu melihat separuh sahaja video tersebut…

berderai air mata takkala melihat bayi tersebut…

terasa perit bila membayangkan ana adalah bayi tersebut…terasa ngilu bila membayangkan jika adik2 atau anak2 kita diperlakukan sebegitu rupa…

astghfirullahalazimmm…

sahabat, ana tidak mahu bercerita panjang mengenainya, kerana mgkin kita semua dah sedia maklum mengenainya….

Cuma pada entri kali ini ana hanya ingin meluahkan rasa hati sahaja…

Rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata2…

Seperti entri lepas yang telah ana ceritakan..

2 Sepupu ana terpaksa menunggu selama 8 tahun, 5 tahun untuk mendapatkan cahaya mata…tp bila timbulnya isu tentang kisah ini membuatkan ana rasa…

Ya Allah, tidakkah mereka mempunyai secebis sahaja rasa kasih dan sayang pada bayi itu? tidakkah mereka yang memperlakukan sebegitu rupa kepada anak-anak mereka itu mempunyai naluri keibuan? Adakah mereka dapat bayangkan jika mereka ditempat bayi tersebut?...

Dan pagi ini ada dikhabarkan dengan satu lagi berita lanjutan daripada kisah bayi ini..
insyaAllah…

ini antara pengakuan yang telah dibuat oleh Nor (bukan nama sebenar) tentang ibu kandung kepada bayi tersebut.

“Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya, anak yang akan dijadikan sasaran.

“Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram,” katanya.

Apa yang melegakan hati ana ialah
wanita yang mendera bayi perempuannya itu sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.

DAN

Dikhabarkan dalam akhbar bahawa bayi perempuan tersebut kini telah hidup dengan ceria dan bahagia bersama keluarga angkatnya…

Kini bayi tersebut telahpun semakin selesa dengan ibu dan ayah yang barunya…

Alhamdulillah…

P/S : Marilah kita semua sama2 mendoakan semoga wanita tersebut sedar akan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi…


No comments:

Post a Comment