Thursday, May 17, 2012

Jum Baca??



Kelebihan Menjalankan Perniagaan Taska/Pusat Jagaan



Selain dari mampu menjana pendapatan lumayan secara berterusan, di antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda nikmati jika anda memilih untuk menjalankan perniagaan Taska adalah :-


1.     Anda tidak perlu mengeluarkan wang jika terdapat diantara anak-anak anda yang sepatutnya dihantar ke pusat Taska. Jadi ia mampu menjimatkan ribuan wang anda setahun.
2.    Anda adalah Bos kepada diri anda sendiri dan anda bebas untuk mengurus serta memberi apa-apa keputusan terhadap perniagaan anda. Jadi anda bakal bebas dari tekanan masa kerja.
3.    Anda mampu menggandakan wang anda kerana anda boleh menambah cawangan baru tanpa had.
4.    Anda mampu lari dari tekanan emosi kerana suasana persekitaran kerja di tadika/taska mungkin seperti berada di rumah sendiri.
5.    Perniagaan ini tidak memerlukan anda memperuntukkan masa yang terlalu panjang maka dengan itu anda mampu menggunaklan lebihan masa yang ada bagi merebut peluang-peluang lain bagi menjana kekayaan anda.
6.    Anda berpotensi memperkembangkan lagi bisnes dan pendapatan anda dengan cuma duplikasikan bisnes taska/tadika yang telah berjaya anda jalankan.
7.    Anda berasa puas dan bangga bila melihat kanak-kanak di bawah jagaan taska/tadika atau pusat jagaan kanak-kanak anda membesar menjadi pintar dan cergas.

Dan banyak lagi kelebihan jika anda memilih perniagaan ini sebagai perniagaan anda...

No comments:

Post a Comment