Sunday, May 20, 2012

Kaedah Bersalin Dalam Air


Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum wbt…
Uhuk3…(batuk2)
Ehehehe….
Ai nie ana demam cikit…
Sebab 2 hari berturut2 main badminton…
Dri 9am-5pm…
Ayoyoyoooo…
Penat sangat2….
insyaAllah, ana nak share sedikit…
sebab sangat2 tertarik dengan satu artikel ini….
Jum baca??...
KAEDAH BERSALIN DI DALAM AIR

Sesuatu yang menarik!!!

Dalam artikel tersebut, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung perempuan mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar.



Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Suami Turut Dalam Air

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain sepertitekanan darah tinggi atau kencing manis.

Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.



Bayi Tidak Lemas

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, pasti ramai dikalangan anda yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Padahal, tanggapan tersebut adalah salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat! Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Kepada mereka yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu memperbetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelebihan beranak dalam air

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

Kelebihan kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan tenang dan relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.

Berdasarkan kajian, posisi bersalin dalam air yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Kesimpulan

Antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.

Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment