Thursday, May 17, 2012

In Progress!!!


Bismillahirahmanirrahim....
InsyaAllahhh....  J



Taska B.I.Z Kids merupakan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang telah ditubuhkan dan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Pihak kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja.

Perkhidmatan pengasuhan di Taska B.I.Z Kids berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohai, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Pihak kami turut mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh di Taska B.I.Z Kids.



Nama Taska        
Cadangan nama taskan yang dipilih ialah Taska B.I.Z Kids. Nama B.I.Z Kids dipilih kerana B untuk Brilliant, I untuk Intelligent, dan Z untuk Zone yang mana taska kami menawarkan zon untuk kanak-kanak belajar dan meneroka alam persekitaran mereka dengan bijak.

Misi taska
Berhasrat dan berusaha membangunkan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan yang bersih, selesa, seria, dan selamat yang mampu menyuburkan serta mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi pertumbuhan kognitif , afektif, dan sahsiah selaras dengan kurikulum PERMATA.



Visi taska
Pembelajaran di Taska B.I.Z Kids ini akan memberikan kanak-kanak pengalaman dalam interaksi sosial yang luas di samping berperanan sebagai medium pembelajaran yang interaktif.

Menjadi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan yang berkualiti bagi kanak-kanak yang berumur 0 bulan hingga 4 tahun selaras dengan dasar-dasar yang dirancang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat menjelang tahun 2020.


Pakej yang Disediakan
a.    Menetap di taska dan menghadiri kelas Fardhu Ain
b.    Penjagaan bayi umur 0 bulan dan ke atas
c.    Penjagaan kanak-kanak satu (1) tahun hingga empat (4) tahun.




Bangunan dan bilik-bilik yang ada dibina dan diubahsuai sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut.
       i        Bilik bayi 1
      ii        Bilik bayi 2
    iii        Bilik bayi 3
     iv        Bilik rehat guru
      v        Pusat Sains dan Teknologi
     vi        Pusat Kognitif
   vii        Pusat Kerohanian dan Moral
  viii        Pusat Kreativiti dan Estetika
    ix        Pusat Bahasa dan Komunikasi

No comments:

Post a Comment